Wednesday, February 24, 2010

UnFaiR

kalo orang yang selalu followup blog aku msti tertanya-tanya naper aku selalu tak puas hati ngan kerja aku.ada orang cakap bila kita cintakan kerjaya kita barulah kita akan berikan sepenuh komitmen pada apa yang kita lakikan.Tapi macam aku ni,aku memang dah jatuh cinta dengan kerjaya aku tapi orang di sekililing aku yang buat aku rasa menyampah dengan kerja aku.
Aku cuma nak cari rezeki yang hala.tu jer.kenapa semua orang tak leh faham.orang selalu cakap aku lemah.lembik.mengarut.tapi dorang tak pernah bg peluang kat aku nak berjaya dalam hidup...dah la malas aku nak komen banyak2...lantak la...aku cuba cari kerja lain jer la...
aku benci korang semua

Tuesday, January 12, 2010

Salah Aku???

Mmmm.....mood tak berapa baik la sejak masuk tahun baru ni..ada rasa gembira,teruja,kecewa,hampa dan duka..kenapa la semua ni mesti berlaku pada aku..bila pk2 balik jahat kah aku ni?..kenapa aku sanggup buat semua ni?..baik lah aku akan jelaskan segalanya...apa yang aku buat ni semata-mata nak puaskan hati semua orang dan buat semua orang gembira walaupon pada hakikatnya aku yang kecewa akhirnya...apa yang aku buat mesti akan jadi macam ni akhirnya...aku yang terpaksa tanggung semuanya sedangkan apa yang aku uat tu semua tuk korang semua....KENAPA???????.......Ya Allah ya tuhan ku...ampunkan alah aku...sesungguhnya aku banyak menjauhkan mu...aku redha dengan ujian mu..mungkin ini semua balasan atas segala apa yang aku penah lakukan sebelom ni..

Wednesday, January 6, 2010

From My Eye..

this page i want to describe about my friends:

1.Bala....exec-->seorang yang pendiam.tapi diam yang paling bahaya.propa...
bila tanya tak ikhlas nak jawab n pilih bulu...hhuhuhuhu..
2.Chew....exec-->garang.sometime funny.helpfull
3.Lu Huey...exec-->cute bangat.boleh cowtim.tapi sometime serius la..
4.Fizah...exec-->ni orang baru.peramah.helpfull pon leh gakla.(selalu bg tiru time klas)huhuhuh...
5.Nu'Man...exec-->tak biasa sangat la tapi kalo lepak memang peramah.cepat tangkap.otak geliga
nyer..
6.Kak Mas-->ceria.baru dapat baby.helpfull.banyak cakap.(kekadang tak terlayan).
7.Dayang-->pregnant woman.ok jer la.kekadang tak paham apa dia cakap(sarawakian).
8.Firdause-->ok cuma disiplin kureng skit la.helpfull.suka tolong orang.otak troubleshooting yg
ngetop.
9.mahani-->pendiam.lemah lembut.rajin.suke.....?no komen..
10.Fakhrul-->suke canang citer orang.cakap besar.suka pandang rendah pada kemampuan
orang lain.staff kesayangan mr.Bala..
11.Hafizi-->ok.rajin.suke tolong orang.kuat iman.suke citer pasal awek dia..huhuhu
12.Zaki-->peramah.ngan sumer orang nak bersembang.rajin.komited.tapi kalo makan bunyi dia
kunyah makanan tu macam nak makan orang jer.
13.Hairee-->hensem.anak orang kaya terengganu.blogger.tapi kekadang belagak n ego..
14.Rueshdan-->dah tuo.pendiam.rajin.banyak cakap.
15.Idris-->tinggi.suara besar.suka usik n kaco orang.dr planet marikh sbb dia tak tau ape2 ttng
planet bumi.(tak penah negok tv atau bc surat kabar)
16.Kak Diela-->GARANG GILER...somtime very funny.taklama lagi nak makan nasi minyak
la..huhuhu
17.Nazirul-->kreatif.suka cipta jam tanga sendiri.pelik coz suka pakai seluar kaler yang
striking.loya buruk.

tu jer la.takat ni aku komen member opis aku la dulu.esok2 member blajar lak k...

bengang!!!!!!....

huhuhu....dulu tajuk nya in english tapi now i translate to malay plak..hahahaha...bukan aper aku cukup bengang ari ni.bukan ari ni jer sebenarnya mnggu ni dan bulan ni.baru jer nak mula azam baru dah memacam hal.Suey tol la...mana tak nya leh di katakan tetiap ari aku kena standby time lunch.cian perut aku hari2 tak berisi...(tapi yang peliknya duit habis gak)..kalo sekali sekala tu aku leh la terima.ni tak..tetiap ari lak.mentang2 la aku ni jarang kuar time lunch.tapi aku nak gak la rehat kan.tu pon tak leh pk ke?.PENAT LA!!!!!!!!tak cukup dengan tu jer ada plak memember opis ni yang macam tak puas hati dengan keje aku.asik nak cari salah aku.pastu cakap kuat2 yang aku ni uat salah supaya satu opis ni tahu.kenapa tak gi bilik announcement jer.cakap kat mic tu ha.biar satu opis ni dengar.eeee...bengang aku.kehidupan kita ni ibarat roda.kekadang kat atas.kekadang kat bawah.tapi bila kita kat atas tu tak yah la kita nak rendah kan yang di bawah tu.at least bila kita keje satu opis ni,biarla hormat menghormati skit even member kita tu lemah skit kan.tu la bila ada perasaan dengki dalam hati tu.macam2 boleh jadi.Ada yang berpura-pura baik.sembahyang tak penah tinggal.pakaian tutup aurat.gaya lemah lambut.cakap sopan santun.tapi kita tak tahu kat belakang kita kan.so jangan mudah menilai orang.baik di mata tak semestinya baik orang nya dan buruk di mata tak semestinya buruk orang nya.WallahuAlam.Renung-renungkan....selamat beramal.

RENUNGKAN BERSAMA UNTUK IBU TERSAYANG

RENUNGKAN BERSAMA...................................

Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

TAZKIRAH - LELAKI DAYUS

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin 3-2-1

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!


Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.


Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain -lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.


"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"


Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.


Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.


Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.


Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )


Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-


1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.


2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar..


3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.


4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.


6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.


7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.


8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki l ain , kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.


9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)


10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.


11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.


12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.


13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.


14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya .


Mungkin kita akan berkata dalam hati :-


" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"


Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.


Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.


Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.


Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..


Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد


Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


My life will Go On..

Adoi....sakit kepala..dah masuk tahun baru ni macam2 Dugaan yang aku kena tempuh.Nenek aku yang tersayang jatuh sakit dan di masuk kan ke Hospital.Keadaannya teruk sekali.Doktor kata nenek aku dijangikti kuman dekat otak beliau.Tapi alhamdulillah bila laporan perubatan nenek aku keluar.Semuanya kelihatan ok.andaian doktor tu ternyata tak betoi.Sib baik aku tak saman ko doktor.Alhamdulillah juga nenek aku dah di keluarkan dari hospital dan duduk di rumah di bawah jagaan semua anak2 dan cucu2 nya.(gilir2 ikut turn).Lyn doakan opah cepat sembuh.Kuat kan semangat.Opah jer la tempat lin mengadu,bercerita,bergelak ketawa.Tak der opah macam mana la hidup lin nnt.Dalam pada masa yang sama aku bengan dengan laki aku coz tak penah nak faham aku.Dalam keadaan aku yang dalam kesedihan dia boleh sibok nak urus kan kedai lagi.sepatutnya dia perlu ada disi aku dan teman aku.kuat kan semangat aku.Ni tak dia pk diri sendiri jer.Tak penak nak pk pasal aku.aku yang banyak bersabar dengan dia.aku ikut jer apa yang dia kata.kadang2 sanggup aku berhabis duit nak uat dia gembira.tapi dia tak penah nak cuba gembirakan aku.Dia lebih gembira kalo dengan kawan2 dr aku ni.Aku tak kisah la.tu hal dia kan.Tapi dah dalam keadaan aku dalam kesedihan.tak boleh ke dia hilangkan kesedihan tu.WutEva...malas dah aku nak mencarut kat blog ni lagi.kang ada lak yang terguris.Any Way I Only have My Grndprent.